Takmungkinbenar Misteri Gangguan di Lebuhraya Karak | ! TakMungkinBenar !

Misteri Gangguan di Lebuhraya Karak

(Seperti yang diceritakan oleh penduduk terdekat)



Cerita 1 - Misteri Volkswagen Kuning

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.


Menurut pengalaman seorang pelajar UIA bernama Az (bukan nama sebenar) yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu awal pagi kira-kira jam 6.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Mujur ketika itu cuaca mentari pagi cepat bersinar. Kereta itu hilang lenyap begitu sahaja. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu...

Cerita 2 - Kematian Misteri Di Hutan Lipur Lintang


Satu keluarga suami isteri dan seorang anak kecil dalam 2 tahun. Keluarga ini memang hendak menuju ke pantai timur cuma tak pasti kampungnya. Kereta tu mati semasa melalui highway karak yg dikatakan betul-betul bersebelahan dengan hutan lipur lintang. Si suami memeriksa keretanya setelah bahagian hadapan berasap. setelah diperiksa radiatornya kering kontang. pada mulanya sekeluarga itu duduk didlm kereta dgn harapan plus peronda akan dtg memberikan bantuan namun setelah sekian lama menunggu tiada kenderaan yg melalui jln itu. si suami mula merasa gelisah dan.....

Dia mengambil beberapa botol utk mencari air. Dia memesan agar isterinya duduk didlm kereta bersama2 anaknya. Si suami terus turun kebawah highway utk mencari air.
Tak lama setelah suaminya pergi isterinya terus menunggu sambil memeluk anaknya didlm kereta. tiba2 seperti ada sesuatu yg besar menghempap dibahagian belakang kereta tersebut. bergoyang2 dgn bunyi seperti binatang buas sedang mengerjakan sesuatu. si isteri terus memeluk anaknya sambil ketakutan. tak lama kemudian bunyi itu hilang dan plus peronda dtg.

Sambil memesan pada isteri n anaknya keluar dr kereta dan meminta agar mengikutinya ke pejabat PLUS. salah seorg aggota plus itu memberi peringatan agar tdk melihat ke bhg belakang kereta tersebut. Oleh kerana terkejut n terlalu ingin mengetahui tentang suaminya terus dirampas torch light sambil menyuluh bhgn belakang kereta tersebut. isteri tersebut terus histeria setelah mendapati bdh suaminya hancur dirobek ganas.

Mengikut sumber cerita diatas diceritakan oleh isteri tersebut semasa soal siasat oleh pihak plus sebelum dikatakan menjd tidak siuman. Apakah benda yg menyerang suami tersebut???

Menurut cerita yg diceritakan pula oleh plus peronda.....ketika mereka menjlnkan rutin seperti biasa iaitu meronda mereka ternampak dr jauh sebuah kereta tersadai di tepi hway tersebut. namun apabila semakin dekat mereka nampak suatu lembaga menyerupai mawas yg besar sedang bertenggek dibahagian belakang kereta tersebut sambil mencarik2 sesuatu. ketika mereka semakin hampir mahluk tersebut menoleh kebelakang lalu terus melompat kearah hutan bersebelahan. ketika itulah mereka terus menuju ke bahagian dpn kereta tersebut utk memeriksa situasi.....


-Tamat imbas kembali-

Apakah misteri karak ini???
Cerita tersebut dikatakan terus ditutup utk menjaga kepentingan tertentu.Lagipun kebanyakkan kawasan highway dibina merentasi hutan yg tdk diketahui ada yg ada di kawasan tersebut...entah la...hanya cerita..tiada bukti sahih..Namun yang pasti harus beringat apabila melalui highway karak dan sekitarnya terutama ketika senja dan malam...

Comments
9 Comments

9 Ada Pendapat Tersendiri:

soooooour said... BALAS

adeh...seram pulak....

Chempaka Sari said... BALAS

hehhe selalu mandi kat lentang. Ramai cakap keras. Tapi memang byk teori lah pasal kisah antu atas kerta tu. Ada kata jalan lama ada kata kat sebelum terowong tu. Mas tu belum highway lagi, sikit lagi nak dekat dengan post polis sbb tu laki tu nak jalan kaki je mintak mantuan. Macam2 lah.

Ada pulak cakap die kereta terakhir yg masuk highway tu. Sbb dulu lepas kul 7 malam tak silap, dah tak boleh masuk jalan tu kecuali askar dan polis.

Kimie Itoshi said... BALAS

bukn tapi realiti...aku pnh kne kot kat hihgway karak..nie bukn dogeng or mitos tapi cerita benar....

Abdullah Fairuz said... BALAS

woah.. brani woah polis n tentera..

Dude said... BALAS

Sy memang pengguna tetap hgway karak.. kalau jammed sy ikot jalan lama.. tp Alhamdulilah semua ok jer.. Jalan lama lagi ngeri.. Serius.. tp smua tu makhluk Allah sama mcm kita..

w@nZs said... BALAS

Hmmm... Disebalik mistri mesti ada mistri. Jangan2 ada pihak yg berkepentingan yg coba nk menutupi sesuatu rahsia di kawasan tu supaya orang laen xdpt taw... Jangan2 ada lombong emas yg besar kat area tu... Xcaye try gi teroka kat area tu.. Barang diingat tanah melayu ini pernah dipetakan sebagai semenanjung emas...jeng..jeng..jeng...
Lg 1, orang cakap harta karun memang berhantu, ada penunggu ada penjaga. Dh sah la kt kawasan tu banyak emas....kayo pokcik..kayo...huhuhu...

idham helmi said... BALAS

ho yeahhh... style2...

Qamarul said... BALAS

Huuu~ seram2 ! Smlm baru lalu saner jalan lama , mmg seram gilo. Tpi smua nya ok .. Alhamdulillah

fatyn_dekwan said... BALAS

mang seram pwn huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket